Pada zaman dahulu, ada seorang nelayan. Pekerjaan setiap hari ialah mamukat dan menjala ikan. Kadang-kadang dia mengail atau memancing. Ikan yang diperolehnya selain di jual, ia juga digunakan untuk keperluan keluarganya .
Isteri nelayan itu turut membantunya.
Nelayan itu ada anak seorang anak gadis. Nama nya Suri. Suri sudah dewasa dan patut dijodohkan. Malangnya, belum ada lelaki yang sudi meminang Suri
Kadang-kadang Suri turun ke sungai, membantu bapanya. Dia membantu mengasingkan ikan-ikan yang ditanggkap oleh bapanya
Nelayan itu mempunyai satu tabiat yang buruk. Dia terlalu suka bercakap besar dan membangga-banggakan.
“Dulu aku pernah dapat banyak ikan, kalau dimakan oleh seisi begri pun ia tak akan habis!” kata nelayan itu kepada jiran tetangganya.
Nelayan itu juga pernah bercerita, kononnya dia pernah menangkap ikan sebesar rumahnya.
Pada suatu hari ada orang hendak meminang anak gadis nelayan itu. Mereka hendak menjodohkannya dengan seorang pemuda.
Tampa banyak berbicara, nelayan itu langsung menerima pinangan itu. Tidak lama kemudian, Suri pun dikahwinkan dengan pemuda itu. Nelayan itu amat gembira kerana anaknya sudar berumah tangga.
Pemuda itu mempunyai tablet yang sama dengan nelayan itu, iaitu suka bercakap besar.
“Bapa tahu, kalau hendak ke hulu atau ke hilir saya tak perna bersampan. Saya lebih suka menyelam.” kata pemuda itu.
Nelayan itu tercengang tatkala mendengar kata pemuda itu “Hebat betul menantuku!”, fikirnya.
Disebabkan tidak mahu kalah, pemuda itu menceritakan pengalamanya. “Perna dulu bapa menjala, dapat ikan yang tak terkira banyaknya. Kalau di makan dengan seisi negri ini sekalipun, tak akan habis,” kata nelayan itu.
Pemuda itu tercengang tatkala mendengar cerita bapa mertuanya
“Dulu pun bapa pernah memperoleh seekor ikan yang sebesar rumah ini,” sambung nelayan itu.
“Disebabkan ikan itu amat besar, dua hari dua malam bapa berusaha menariknya ke darat. Sebaik saja dapat, bapa hadiahkannya kepada raja. Raja hendak malantik bapa menjadi bendahara, tapi bapa tak mahu. Bapa lebih suka menjadi nelayan!”
Pemuda itu tercengang tatkala mendengar cerita bapa mertuanya. “Hebat betul bapa mertuaku ini!” fikirnya.
Disebabkan mereka mempunyai sikap yang sama, mereka sering membesar-besarkan kebolehan dan kepandaian mereka.
Kalau pemuda itu menceritakan tentang kebolehannya menyelam selama berhari-hari di dalam sungai, nelayan itu pula menceritakan tentang kepandaiannya menangkap pelbagai jenis ikan.
Sebenarnya, pemuda itu tidak tahu menyelam atau berenang. Dia cuma bercakap besar.
Begitu juga dengan nelayan itu. Dia tidak pernah memperoleh ikan yang banyak. Ikan yang paling besar pernah diperolehnya, cuma sebesar tapak kakinya. Kalau dia mengail, ikan yang paling besar pernah dikailnya cuma sebesar lengannya.
Pada suatu hari, nelayan itu mengajak menantunya turun menjala. Pemuda itu bersetuju. Sebelum pergi, dia mengambil beberapa biji lepat pisang. Lepat itu dimasukkan ke dalam sakunya. Kemudian, dia mengikut nelayan itu menjala di sungai.
Ketika itu, pemuda itu berlagak seolah-olah dia tahu berenang dan menyelam.
Tanpa berlengah, nelayan itu segera menebar jalanya. Ketika dia menarik jalanya, hanya ikan-ikan sebesar jarinya yang diperolehnya. Nelayan itu berpura-pura bersikap selamba. Dia menebar lagi. Malangnya, jalanya tersangkut.
“Tolong lepaskan jala bapa yang tersangkut ini,” kata nelayan itu kepada menantunya. "Bukankah kamu biasa menyelam di dalam air?”
Pemuda itu berasa serba salah. Dia tidak tahu berenang apatah lagi menyelam. Air di tempat jala itu tersangkut agak dalam. Selama ini dia cuma bercakap besar. Dia bimbang kalau rahsianya terbongkar.
Akhirnya dia mendapat satu akal. Dia berpura-pura terjun di tempat yang berair cetek.
Tidak lama kemudian, dia muncul kembali. Sambil itu dia mengunyah sebiji sepat.
Nelayan itu memandang menantunya dengan kehairanan. Dia hairan dari mana pemda itu memperoleh lepat, sedangkan jalanya masih terangkut di dasar sungai.
"Dari mana kamu mendapat lepat itu?” Tanya nelayan itu. “Dan mengapa pula jala ini masih lagi tersangkut?”
“Sebenarnya, jala bapa tersangkut di kedai kopi orang bunian,” kata pemuda itu. “Lepat ini pemberian orang bunian iyu. Dia suruh bapa buka sendiri jala itu!” Pemuda itu berbohong.
Nelayan itu tercengan kehairanan. “Benar ada kedai kopi orang bunian di dasar sungai ini?” fikirnya.
Selama ini jalanya tidak pernah tersangkut di kedai kopi orang bunian, seperti yang dikata oleh menantunya. Kalau tersangkut pun cuma pada batu dan tunggul yang terdapat di dasar sungai.
“kamu tolong pegang jala ini!” kata nelayan itu kepada menantunya. “Bapa hendak tengok, betul ada kedai kopi orang bunian di dasar sungai ini?" Tanpa berfikir panjang, nelayan itu terjun ke dasar sungai itu.
Pemuda itu menggaru kepalanya. Dia bimbang kalau-kalau bapa mertuanya tahu akan penipuannya.
Tidak lama kemudian, nelayan itu pun mucul. Dahinya benjol dan berdarah.
“Eh bapa, mengapa cepat sangat timbul? Mengapa jala ini masih tersangkut?” Pemuda itu berpura-pura bertanya.
Nelayan itu memandang menantunya dengan bengis. Dia tahu dia telah ditipu. Namun, dia tidak mahu mengaku kalah.
“Sebenarnya bapa dipukul oleh orang bunian di dasar sungai ini,” kata nelaya itu. “Dia marah kerana kamu mengambil lepatnya dengan tidak membayar!” Nelayan itu berbohong.
Sebenarnya, kepalanya benjol kerana terhantuk pada batu-batu yang terdapat di dasar sungai itu.
“Betulkah?” Pemuda itu pura-pura kehairanan. “Tadi dia kata lepat itu peprcuma. Jadi, saya ambil sajalah tanpa membayar. Kalau begitu, mari kita pukul mereka balik!”
Walaupun nelayan itu tahu, tiada kedai kopi orang bunian di dasar sungai itu, namun kerana tidak mahu dianggap bodoh, dia setuju dengan saranan menantunya.
Dengan membawa sebatang kayu seorang, mereka terjun ke dalam sungai itu. Disebabkan tempat mereka terjun itu, airnya deras dan dalam, dan mereka pula tidak tahu berenang, kedua-dua mereka hanyut dibawa air.
No comments:
Post a Comment