Monday, 21 March 2011

Kata Pengantar


SELAMAT DATANG MURID-MURID!


Kami ingin mempersembahkan 9 cerita rakyat jenaka, khas buat murid-murid sekolah rendah. Tujuan utama kami adalah untuk mengenalkan warisan kebudayaan melayu kepada murid-murid sekalian. Cerita rakyat jenaka merupakan salah satu daripada adat budaya orang Melayu. Sebahagian daripada murid-murid mungkin kurang pasti akan maksud cerita rakyat jenaka. Oleh itu, definisi cerita rakyat telah diberikan di bawah:

Cerita jenaka adalah cerita yang mempunyai unsur humoris atau lucu. Cerita jenaka ini sesuatu yang menggembirakan dan membuat pembaca ataupun pendengar geli hati disebabkan oleh kelucuannya.
Kami harap semua murid-murid dapat bergembira ketika membaca cerita-cerita
jenaka yang telah kami siapkan, sambil mengenal pasti tauladan yang dapat
dipelajari di setiap cerita jenaka di bawah. Pelajar
digalakkan untuk menjawab soalan-soalan yang terdapat di bahagian akhir setiap
cerita, dan juga menonton video-video yang dapat memberi pelajar gambaran yang lebih terang tentang cerita-cerita jenaka ini.