Pada zaman dahulu, ada seorang lelaki bernama Abu Nawas, Abu Nawas terkenal kerana sifatnya yang lurus. Abu Nawas disukai orang kerana dia sering membantu orang yang dalam kesusahan. Dia juga tidak pernah menyusahkan orang lain.
Pada suatu hari, seorang kelasi datang menemui Abu Nawas.
“Tuan Abu Nawas,” kata kelasi itu. “Saya seorang kelasi tapi telah tertinggal kapal. Suatu hari, tuan hakim datang merampas segala harta benda saya. Katanya, malam tadi dia bermimpi, saya menyuruh dia merampas segala harta benda saya. Langsung dirampasnya harta benda saya dan yang tinggal hanya pakaian yang lekat di badan ini. Inilah saya datang mengadu kepada tuan.”
Abu Nawas berfikir sebentar. “Baiklah,” katanya. “Awak pulanglah dahulu. Nanti saya ikhtiar bagaimana untuk mengajar hakim itu.”
Kelasi itu pulanglah ke tempatnya. Sementara itu, Abu Nawas berusaha mengumpulkan kanak-kanak seramai yang boleh. Disebabkan dia disukai orang, ramailah kanak-kanak yang mahu membantunya.
“Esok kamu semua bawalah batu dan kayu. Bawa sebanyak yang boleh. Dan, datanglah berkumpul di rumah saya,” kata Abu Nawas kepada kanak-kanak itu.
“Pelik betul. Entah apa yang nak dibuat oleh Abu Nawas itu,” kata seorang kanak-kanak. Namun, mereka tetap mematuhi suruhan Abu Nawas.
Pada pagi keesokanya, puluhan orang kanak-kanak berkumpul di rumah Abu Nawas. Mereka membawa batu dan kayu. Mereka seolah-olah mahu pergi berperang.
Orang-orang di Bandar itu ternyata sesame sendiri. Mereka tidak tahu, enta apa tujuan Abu Nawas dengan kanak-kanak itu.
Setelah segala-galanya siap sedia. Abu Nawas memimpin kepuluhan kanak-kanak itu menuju ke rumah hakin. Ketika itu hakim sedang tidur. Dia tidak menyedari apa yang berlaku di luar rumahnya. Tidak lama kemudian, Abu Nawas bersama-sama puluhan kanak-kanak itu samapai di rumah hakim.
“Hai kamu semua!” kata Abu Nawas kepada kanak-kanak itu. “Lempar batu dan kayu, dan pecahkan rumah hakim itu. Kalau ada orang bertanya, katakana saja Abu Nawas yang menyuruh kamu berbuat begitu. Kalau ada orang mahu memukul kamu berbuat begitu. Kalau ada orang mahu memukul kamu, pukul orang itu balik. Semua harta benda hakim itu, ambil sebanyak mana yang kamu suka.”
Tampa berlengah, puluhan kanak-kanak itu melempar rumah hakim itu dengan batu dan kayu. Kemudian, mereka beramai-ramai menyerbu lantas mengambil segala harta benda kepunyaan hakim itu. Hakim itu terkejut daripada tidurnya.
“Siapa yang menyuruh kamu memecahkan rumah aku?” Tanya hakim itu.
“Abu Nawas yang menyuruh kami melakukanya,” jawab kanak-kanak itu.
Beberapa orang cuba membantu hakim itu. Malangnya, mereka tidak berupaya kerana anak-anak itu terlalu ramai. Tidak lama kemudian, segala harta benda hakim itu habis diambil oleh kanak-kanak itu.
Hakim itu ditinggal dalam keadaan sehelai sepinggang.
Hakim itu mengadu kepada sultan. “Habis segala harta benda patik diambilnya, tuanku. Rumah patik pun dipecahkanya!”
”Siapa yang menjadi ketuanya?” Tanya sultan.
“Abu Nawas, tuanku!” jawab hakim itu.
Sultan memerintahkan agar Abu Nawas dibawa menghadap baginda.
“Mengapa kamu pecahkan rumah hakim ini. Segala harta bendanyakamu rampas?” Tanya sultan kepada Abu Nawas. “Hukum siapa yang kamu pakai ini?” Tanya baginda lagi.
“Sebenarnya, patik memakai hokum tuan hakim juga, tuanku,” jawab Abu Nawas dengan selamba.
Mendengar kata Abu Nawas itu, hakim menundukkan kepala.
“Hai Abu Nawas!” titlah sultan. “Apa sebenarnya yang berlaku? Kamu memecahkan rumah hakim dan merampas segala harta bendanya. Sekarang kamu kata, semua ini hokum dia. Cuba ceritakan pada beta, apa perkara yag sebenarnya?”
“Begini tuanku….,” kata Abu Nawas
“Ada seorang kelasi, disebabkan tertinggal kapal, dia menetap di negri ini. Suatu hari,hakim telah merampas segala harta bendanya. Kata hakim, dia bermimpi yang kelasi itu menyuruh dia merampas segala harta bendanya. Malam berikutnya patik pula bermimpi, hakim itu menyuruh patik merampas segala harta bendanya. Sebab itulah patik merampas segala harta bendanya.”
Mendengar kata Abu Nawas, hakim itu menundukkan wajahnya. Dia tahu, semua itu salahnya sendiri.
“Hai Abu Nawas!” titah sultan. “Mana boleh mimpi dijadikan hukum?”
“Boleh tuanku!” jawab Abu Nawas. “Kalau hakim itu bermimpi yang kelasi itu menyuruh dia merampas segala harta bandanya, dan dia melakukannya, patik juga boleh melakukan perkara yang sama.”
Sultan menggaru kepalanya. Baginda tidak dapat menyelesaikan masalah itu.
“Mana kelasi itu? Bawa dia kemari!” titah baginda.
Tidak lama kemudian, kelasi itu pun dibawa menghadap sultan. “Benarkah segala yang diceritakan oleh Abu Nawas itu?” tanya sultan.
“Benar, tuanku!” jawab kelasi itu. “Suatu hari, hakim merampas segala harta benda patik. Katanya, dia bermimpu, patik yang menyuruh dia melakukannya.”
“Lepas itu?” tanya sultan lagi.
“Patik mengadu kepada Abu Nawas. Abu Nawas pun merampas segala harta benda hakim itu. Katanya, dia bermimpi yang hakim itu menyuruh dia melakukannya.”
“Ini semua salah tuan hakim!” titah sultan dengan murka. “Mana boleh mimpi dibuat hokum. Perbuatannya bukan sahaja menyusahkan orang lain, tetapi juga dirinya sendiri. Mula-mula dia merampas harta benda orang kerana mimpi. Kini, segala harta bendanya pula dirampas orang kerama mimpi juga!”
“Mulai hari ini, kamu beta pecat. Segala harta benda kamu hendaklah diserahkan kepada kelasi itu, sebagai ganti rugi!” tital sultan lagi.
Hakim itu pulang ke rumahnya dengan kesal dan dukacita. Semua harta bendanya habis dirampas dan dia juga telah dipcat daripada menjadi hakim. Segala yang menimpanya ini disebabkan kebebalannya sendiri.
Kelasi itu amat berterima kasih kepada Abu Nawas. Dia menyerahkan sebahagian daripada harta bendanya kepada Abu Nawas, tetapi Abu Nawas enggan menerimanya. Tidak lama kemudian, sebuah kapal dari negri kelasi itu berlabuh di negri itu. Sewaktu kapal itu hendak berlayar, kelasi itu pun turut serta berlayar.
Abu Nawas semakin disukai dan dihormati orang. Walaupun sultan menawarkan jawatan hakim kepadanya, namun dia enggan menerimanya. Dia lebih suka hidup seperti biasa.
Kalau ada sesiapa menghadapi masalah, mereka akan mengadu kepada Abu Nawas. Abu Nawas akan membantu menyelesaikan masalah itu dengan baik.