Sunday 20 March 2011

Nujum Pak Belalang.

http://soundcloud.com/user6026326/nujumpakbelalang


Di sebuah desa di negeri Terang Bulan, ada seorang duda bernama Pak Belalang. Pak Belalang bukan sahaja miskin, malah seorang yang pemalas. Pak Belalang ada seorang anak bernama Belalang. Belalanglah yang diharapkan untuk mencari nafkah. Walaupun masih kecil, namun Belalang rajin bekerja. Sepanjang hari Pak Belalang menghabiskan masanya dengan tidur sahaja. Soal makan dan minumnya, terserah kepada Belalang. Belalang mencari nafkah dengan bekerja membantu orang kampung.
                                Pada suatu hari, Belalang terserempak dengan dua orang pencuri. Mereka sedang melarikan kerbau kepunyaan orang kampung. Belalang mengekori pencuri itu ke tempat persembunyian mereka. Kemudian, dia pulang dan memberitahu bapanya. Tetapi Pak Belalang menyuruh Belalng untuk tidak ikut campur. Belalang menjawab "Saya tahu di mana kerbau itu disembunyikan. Bagaimana kalau bapak menyamar jadi ahli nujum. Boleh saya beritahu orang kampung, bapak pandai menilik. Sebaik saja kerbau itu ditemui, tentu kita akan dapat upah yang lumayan!" "Ya tak ya juga," kata Pak Belalang. 
                                 Keesokan harinya, orang kampung heboh dengan kehilangan kerbau mereka. Mereka mengadu kepada penghulu. Kebetulan ketika itu Belalang ada di situ. "Bapak saya pandai menilik. Tentu dia boleh tolong carikan kerbau itu," kata Belalang. "Betulkah?" tanya penghulu. "Kalau begitu mari kita jumpa dia." Mereka beramai-ramai menuju ke rumah Pak Belalang. 
                                 Pak Belalang berpura-pura menyamar sebagai ahli nujum dan berkata bahwa kerbau itu ada di hulu kampung dimana ada sebatang pokok merbau. Orang kampung beramai-ramai pergi ke tempat itu dan memang benar kerbau itu ada disana. Mereke memberinya pelbagai hadia sebagai rasa terima kasih. Nama Pak Belalang menjadi masyur dan banyak orang mencarinya. Hidupnya pub berubah menjadi senang dan dia tidak perlu bekerja lagi
                                 Pada suatu hari, sebuah kapal berlabuh di pelabuhan negeri Terang Bulan. Nakhodanya lantas menghadap sultan "Tuanku," kata nakhoda itu. "Patik dari negeri Antan Kesuma. Kami ingin beradu kepandaian dengan nujum di sini. Kalau tuanku menang, kapal kami menjadi milik tuanku. Tapi kalau tuanku kalah, negeri tuanku menjadi jajahan takluk kami!"
                                  Sultan negeri Terang Bulan segera memanggil para pembesarnya dan bermesyuarat untuk mencari kata sepakat. Seorang pembesar memberikan saran untuk meminta Pak Belalang untuk mewakili negri Terang Bulan. Sultan pun setuju dan menitahkan Pak Belalang menghadap
                                  Tidak lama kemudian, Pak Belalang masuk menghadap. Dia terketar-ketar ketakutan. Dia khuatir kalau rahsianya terbongkar. Selama ini dia cuma berpura-pura menjadi nujum. "Hai Pak Belalang!" titah sultan."Benarkah kamu seorang nujum yang handal?" "Benar, tuanku!" jawab Pak Belalang dengan ketakutan. "Bagus!" titah sultan. Baginda berasa sukacita kerana nujum dari negeri Terang Bulan beradu kepandaian dengan nujum dari negeri Antan Kesuma.
                                   Sultan Terang Bulan turut datang. Baginda berharap Pak Belalang dapat menewaskan nujum dari negeri Antan Kesuma."Soalan pertama!" kata nujum dari negeri Antan Kesuma.
"Apa binatang, ketika pagi berkaki empat, ketika tengah hari berkaki dua dan ketika petang berkaki tiga?" "Manusia!" jawab Pak Belalang dengan selamba. "Sebab ketika kecil dia merangkak, ketika dewasa, berjalan dan ketika tua, bertongkat!" Rakyat negeri Terang Bulan bersorak riang. Jawapan Pak Belalang memang tepat.
                                    "Yang kedua!" kata nujum negeri Antan Kesuma.
"Bagaimana hendak menentukan yang mana hujung dan yang mana pangkal kayu ini?" Dia menunjukkan sebatang kayu yang lurus dan sama besar. Pak Belalang mengambil sebesen air. Dia pun memasukkan kayu itu ke dalam air. "Ini hujung dan ini pangkalnya," kata Pak Belalang. "Pangkal kayu ini tenggelam dahulu kerana ia lebih berat!"Jawapan Pak Belalang memang tepat.Sebenarnya, Pak Belalang sudah tahu akan semua jawapan soalan itu, sebab anaknya, Belalang, telah mendengar perbualan nujum negeri Antan Kesuma tempoh hari.

                                     Akhirnya, nujum negeri Antan Kesuma mengaku kalah. Kapal mereka terpaksa diserahkan kepada sultan negeri Terang Bulan. Mereka terpaksa pulang ke negeri Antan Kesuma dengan hanya sehelai sepinggang. Sultan negeri Terang Bulan sangat berbesar hati dengan Pak Belalang. Baginda melantik Pak Belalang menjadi Nujum Diraja. Pak Belalang kemudian dikahwinkan dengan puteri baginda yang bernama Laila Sari. Akhirnya, Pak Belalang dan anaknya, Belalang hidup aman damai di istana sultan.




http://www.youtube.com/watch?v=SPsamqYkBag



No comments:

Post a Comment