Monday 14 March 2011

Lebai Malang Menangkap Ikan





Di sebuah kampong, ada seorang lelaki tua bernama Lebai Malang. Lebai Malang sudah lama kematian isteri. Dia tidak mempunyai anak. Dia tinggal sendirian di sebuah rumah di pinggir kampung itu.
Pada suatu hari, ada orang kampung menjemput Lebai Malang untuk datang kenduri ke rumahnya.
Ketika Lebai Malang bersiap hendak pergi ke majlis kendari itu, datanglah seorang yang lain. Dia pun hendak menjemput Lebai Malang datang kenduri ke rumahya.
Perasaan tamak bermain di hati Lebai Malang. Dia hendak menghadiri kedua-dua kenduri itu.
Lebai Malang turun ke perahunya. Dia berfikir sebentar. Dua orang menjemputnya datang ke kenduri. Seorang di hulu tempatnya dekat tetapi arus sungai agak kuat. Di hilir tempatnya jauh tetapi senang hendak sampai.
Lebai Malang berkira-kira mahu ke hilir dahulu.
Tampa berlengah, dia berdayung ke hilir. Malangnya,ketika itu air sedang pasang. Lebai Malang cuba sesungguh hati menongkah air pasang itu. Akhirnya, dia kepenatan.
“Lebih baik ke hulu dahulu. Lepas kenyang nanti baru ke hilir,” kata Lebai Malang.
Dia memusing perahunya dan berdayung ke hulu.
Di tengah perjalanan air sungai sedang surut . Ketika itu, tempat kenduri masih terlalu jauh. Air surut itu menghanyutkan Lebai Malang ke hilir. Lebai Malang cuba berdayung sekuat tenaga. Malangnya, perahunya tetap hanyut ke hilir.
“Tak apalah,” ujar Lebai Malang. “Biarlah aku ke rumah kenduri di hilir dahulu!”
Sebaik sahaja dia sampai di rumah kenduri itu, orang telah pulang. Tampa membuang masa, Lebai Malang segera kembali ke perahunya. Dengan sesungguh hati, dia berdayung ke hulu.
Nasibnya bertambah malang, kerana sebaik sahaja dia sampai ke hulu, kenduri itu telah pun selesai. Para jemputan telah pulang.
Dengan hati yang kecewa, Lebai Malang berdayung pulang. "Tak apalah. Lebih baik aku tangkap ikan. Mana tahu kalau-kalau ada rezeki,” fikirnya.
Dia pulang ke rumah lantas mengambil kali dan pukat. Sebentar kemudian, dia berdayung ke hilir.
Ketika sedang berdayung itu, angin bertiup kencang. Lebai Malang segera menaikkan layar perahunya. Malangnya, sebaik sahaja layar itu dinaikkan, angin berhenti bertiup. Ketika itu air sedang pasang, perahunya dihanyutkan ke hulu.
Lebai Malang menurunkan layar dan kembali berdayung. Namun, biar betapa kuat dia berdayung, perahunya tetap hanyut ke hulu.
Akhirnya, Lebai Malang membiarkan perahunya dihanyutkan air ke hulu. Dia tidak dapat memancing kerana di hulu, ikan tidak sebanyak di kuala.
“Tak apalah,” kata Lebai Malang. “Tak dapat memancing, lebih baik aku memukat.” Dia pun bersiap untuk menurunkan pukatnya.
Sebaik sahaja dilabuhkan, air sungai mulai surut. Lebai Malang cuba sedaya upaya menaikkan pukatnya. Malangnya, air surut yang sera situ, menghanyutkan perahunya ke hilir. Walaupun Lebai Malang dapat menaikkan pukatnya, namun tidak seekor ikan pun yang diperolehnya.
Dengan hati yang kecewa dan badan yang penat, dia berdayung pulang.
“Apa akalku?” fikir Lebai Malang. ‘Pergi kenduri aku tak dapat. Di sini melepas di sana terlepas. Memancing aku tak dapat, memukat aku tak berhasil. Lebih baiklah aku pergi berburu. Mana tahu kalau ada rezeki!’
Setelah putus fikiran, Lebai Malang bersiap untuk pergi berburu.
Dengan membawa anjing perburuan, Lebai Malang masuk ke dalam hutan. Dia berazaman tidak akan pulang selagi tidak memperoleh apa-apa. Namun, sepanjang hari dia berjalan di dalam hutan, tidak ada seekor binatang pun yang ditemuinya. Malah jejak binatang pun tidak kelihatan.
Lebai Malang berputus asa. Dia kepenatan dan kelaparan.
Setelah lama berburu, namun tidah juga merperoleh apa-apa, Lebai Malang terfikir untuk pulang. Dengan bersusah payah, akhirnya dia dapat juga keluar dari hutan itu.
Tiba-tiba dia teringat akan tabung niranya. Tabung itu telah lama diletakkan pada mayang kelapa. ‘Mungkin tabung itu telah penuh,” fikirnya.
Tampa berlengah, Lebai Malang segera memanjat pokok kelapa itu. Disebabkan pokok kelapa itu agak tinggi, dia terpaksa membuka pakaiannya untuk memudahkan dia memanjat.
Dengan hanya berseluar dalam, dia memanjat pohon kelapa itu. Sebaik sahaja dia sampai di atas, kelihatan tabung niranya sudah penuh dengan air nira. Lebai Malang sangat gembira.
Sementara itu, anjing perburuannya yang ditinggalkan di bawah pokok kelapa itu, menghidu-hidu pakaian Lebai Malang. Tiba-tiba anjing itu menggigit pakaiannya lantas dibawanya lari.
Tatkala melihat pakaiannya dilarikan anjing, Lebai Malang melemparkan parangnya kea rah anjing itu. Akan tetapi, tidak kena. Diambilnya tabung niranya dan dilemparkan pada anjing itu, tidak kena juga.
Akhirnya, Lebai Malang terpaksa pulang dengan tangan kosong. Orang-orang kampung yang melihatnya, ketawa terbahak-bahak.
Di pertangahan jalan, Lebai Malang terjumpa sehelai kain. Kain itu berwarna merah. Tampa berfikir panjang, Lebai Malang terus menyarung kain ke tubuhnya. Dengan berkain merah itu, dia pulang ke rumahnya.
Di tepi sebuah padang, ada seekor lembu jantan. Tatkala melihat Lebai Malang berkain merah, naiklah marahnya. Lembu itu menyangka Lebai Malang hndak mengajak dia berlaga.
Lebai Malang terpaksa lari lintang-pukang kerana dikejar lembu jantan itu. Orang kampung melihat Lebai Malang ketawa lagi terbahak-bahak
Akhirnya, Lebai Malang sampai di rumah dengan keletihan dan kelaparan. Malangnya di rumah, tiada sebarang makanan yang boleh dimakan. Dengan bersusah payah, Lebai Malang turun ke kebunnya.
Dicabutnya beberapa batang pokok ubi kayu. Ubi itu dikupas dan dibasuh. Kemudian, ubi kayu itu direbus.
Sementara menanti ubi kayu itu masak, Lebai Malang tertidur. Dia tidak menyedari yang api untuk merebus ubi itu terlalu marak.
Ketika Lebai Malang terjaga, semua ubi kayu itu telah hangus renting. Akhirnya terpaksalah dia kelaparan sepanjang malam itu.





















No comments:

Post a Comment